Welcome to our website !
AMARAN !!!...  Poster ini kepunyaan sepenuh LadyComot. Poster ini merupakan asignment LadyComot yang dihantar kepada Teesside University. Sekiranya ada yang nak copy or shared please link or kredit to LadyComot (minta kebenaran dulu yer...) 
Semoga info ini dapat memberikan ilmu yang bermanfaat sesama kita.

Aku tidak memiliki kulit yang cantik, hidungpun penyek, mata pula sepet, aset yang aku ada cuma senyuman yang manis. Lain2 memang totally out. Hari2 aku duduk depan cermin memerhatikan wajah dan dihati ini mulai terdetik, kenapa aku tidak cantik seperti mereka2. Aku mula rasa terlalu banyak kekurangan yang ada. Aku mula cemburukan mereka2 yang memiliki wajah yang rupawan, comel, sedap je mata untuk dipandang. Aku mula hilang keyakinan dalam diri.

Monolog inila yang setiap pada kita akan berbicara bila memerhatikan diri sendiri compare to others. Kadang kala membuat kita boleh jadi depress sangat. Kecantikkan itu pada aku sesuatu yang subjektif untuk dipersoalkan seperti mana cinta. Kebenarannya kita semua cantik cuma how kita interprate.


Looking on yourself and find something special about you. Mungkin korang ada tangan yang cantik, kulit yang mulus, kulit yang cerah, suara yang merdu, itu kelebihannya. Mungkin juga special-nya korang kerana bijak, pandai berjenaka, mencuit hati ke.. Cantik tidak semestinya hanya terletak pada rupa paras, ia merangkupi dari pelbagai aspek. Belum tentu mereka yang mempunyai kelebihan paras rupa yang menawan akan dipandang oleh orang lain cantik dan tertarik.


Pada mata aku kau sangat cantik, tetapi pada mata Cik Enon kau mungkin biasa saja. Masing2 ada anggapan tersendiri. Allah telah menjadikan manusia ini berbeza2, dan Allah juga telah saluti dengan keistimewaan tertentu. 
Hargaila...

Tubuh yang sihat merupakan kecantikkan dari dalam. Tersematnya keimanan, budi pekerti yang baik, lantas memancarkan sinaranya secara menyeluruh membuatkan korang manusia paling suka untuk didekati. Its classically beautiful and you will look naturally beautiful.

Tanamkan dalam diri yang korang ada kelebihan. Keyakinan adalah terapi yang paling hebat membuatkan seseorang  kelihatan menarik. Tell youself you are beautiful every day early wakeup in the morning. No one can take that away from you." It's true, after all.

                                        
Terimbas memori lalu ketika doktor mengesah aku mengandung 2bulan. Aku hilang kata2 rasa sangat terharu dan sukar untuk mempercayainya. Suamila manusia yang tersangat gembira yang setia menemani. Sejak itu segala gerak geriku, makan dan pakai ku dijaga degan rapi. Aku ditatang bagai minyak yang penuh ibarat anak yang baru lahir kebumi. Semuanya cukup sempurna tidak sekalipun suamiku mengetepikan aku. Hari2 yang penuh lembaran, belaian manja dan mesra, aku bak pemaisuri.

Sejak perkahwinan kami, pelbagai detik2 manis dilalui. Aku tak sangka suamiku seorang yang sangat romantik dan penyayang. Masa berpasangan orangnya biasa saja, funny itu ada, sayang itu ada, kasih itu ada tapi tetap kurasakan kurang kerana dia tidak pandai untuk membuat suprise me, tidak pernah menghadiahkan bunga walaupun hanya sebungkus coklat.

Aku amat menghargainya, tapi kini semua itu hanya tinggal dilubuk sepi dan aku tatap hari hanya meratapi. Kenapa ini harus terjadi padaku, kenapa...? Arggghhhhh...  aku menjerit seperti kerasukkan. Aku mula merasakan segalanya akan hilang dan musnah pabila doktor mengesahkan kandungan aku yang hampir 7 bulan mengalami masalah, berkemungkinan kandunganku tidak sempurna. Aku hampir hilang kata2, jatungku bagai terhenti, aku gugup dan terdiam seribu bahasa, seperti nyawa terpisah dari jasadnya. 

Sejak itu suamiku mula menabur kata2 kesat. Tiada lagi nada2 manis buat halwa telinga kudengari. Tiada lagi kucupan nurani. Dia mula menjauhi aku, seperti aku tidak lagi wujud di dunianya. Sebelah matapun tidak tertoleh kearahku, seperti aku dialam maya dia dialam nyata. Dia semakin keliaran, balik lewat malam, bila ditanya sedikitpun tidak diendahkan. Kerna anak ini, rumah tanggaku berantakkan. Aku dan suamiku kian jauh menyelusuri perpisahan. 

Aku percaya tuhan itu maha kaya dan kuasanya bila2 saja dikehendakinya maka jadilah ia. Aku tidak pernah putus untuk berdoa dan memohon segalanya dimudahkan bagiku. Aku menerima seadanya, jika anak ini kurang sempurna, aku terima dengan hati terbuka. Pernah aku terfikir untuk menggugurkan saja, tapi tuhan memberikan aku jalan. Ku yakinkan diri dan lunakkan hati bahawa telahan itu tersasar, mungkin tuhan itu sekadar untuk menduga dan menguji.

Sampailah disaat kelahiran, aku berjuang bersedirian, dan akhirnya aku tewas tetapi kurasakan seperti seseorang mengenggam jari jemariku erat. Aku tidak sedarkan diri selepas itu kerana mengalami sedikit komplikasi. Sebaik kubukakan mata semunya mengelilingiku, aku rasa kian berduka, hanya ada keluarga yang setia memberikan sokongan. "Dimanakah suami ku..?" Aku mula rasakan kelam dan aku tak sanggup melihat anak itu. Rasakan seperti ingin aku buangnya jauh2. 

Dalam kebuntuanku itu, aku mendengar suara  sayup2 menyanyikan

Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan anakku, Allah selamatkan keatas mereka berdua, Allah selamatkan kami sekeluarga.
 Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan anakku, Allah selmatkan keatas mereka berdua, Allah selamatkan kami...

Aku seperti ibarat hidup kembali, aku tidak menduga suamiku hadir dengan mengendongkan anak kami. Mengalir butir2 emas berjurai dipipiku. Aku rasa seperti ingin meraung raung ketika itu dan aku tidak sanggup memalingkan wajah untuk melihat anak itu. Aku takut dan aku juga kebingungan kenapa suamiku berubah sekelip mata. Syukur kupanjatkan. Lantas aku bertanya... ???

"B.. kenapa buat sayang sebegini, apa salah sayang terhadap B, kita dah lalui banyak perkara bersama, tapi B sesuka hati melemparkannya kerana sayang mengandungkan anak kurang sempurna". Aku menangis teresak2.

"Tapi sayang...." (B mula bersuara), dengan lantasnya ku sampuk, 
"B kenapa.., apa salah sayang selama ini, tuhan itu menduga kita kenapa B...?"  Aku bagaikan orang gila... 

Diletakkan baby dalam trolinya, dengan rakusnya suamiku memegang bahuku lantas memeluk dan mencium dahiku.
"Sayang what happen ni..?" Suamiku menegerutkan dahi. 
"B tak pernah mengetepikan sayang sedikitpun. Hati B hanya ada ayang tak kira walau apapun ayang satu2nya dihati B."

"Habis kenapa B tidak hiraukan ayang setelah doktor mengesahkan anak kita ini mungkin cacat..?" 
"B tak ada hati dan perasaan ke...?" 
"Ayang lagi terluka dengan ini semua. Ayang mengadung dan akan melahirkannya, ada pernahkah B cuba rasakan sedalam hati ini..?" Aku berceloroh tanpa henti sehingga suami menggegarkan tubuh dan mengoncangkan aku. 

"What happen to you ni ayang..?"
" Bila pulak anak kita cacat, bila pulak doktor mengesahkan...?" 
"Aya.... ini tambi banyak pusing ke..?"(suamiku sempat lagi berjenaka).

"Habis yang ayang lalui itu apa...?" aku semakin kerungsingan. 

"Ayang tak sedarkan diri setelah melahirkan anak kita."
 "Ayang tak ingat ke..?" B pegang jemari ayang dan B kucupinya saat kegetiran itu B bersama2 ayang. 
"Ayang tak ingat ke...?" B berlari kesana kemari untuk bawa sayang kesini saat2 sayang memerih kesakitan...

Aku tercegang... terlopong seketika, dimindaku terimbas kembali detik2 cemas itu bersama suamiku. Rupanya saat aku tak sedarkan diri aku hanya bermimpi. Ya Allah, syukur kehadratmu dan apakah petunjuk ini semua....

Suamiku berkata, "itula nak tidur tak cuci kaki lagi.. wakakaka" dan dia merangkul tubuhku dan kami ehem2... (korang suma tutup mata ye..) , belumpun sempat nak ehem2 babypun melalak.... 

Aisey kacau daun jer...

LadyComot; kisah ini tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun telah meninggal dunia. Tiada kaitan juga dengan penulisnya. It just a cerpen suka2... wakakakaka

                                        
Masih waras lagikah aku.. Entah mengapa rasa kehilangan mood yang teramat sangat. Kalau aku period its a normal, but im not. Secara tak sengaja aku rasa kosong, dari segi pemikiran dan hati. Sometimes feels like gundah gulana, serba tak kena.

Adakah aku mengalami simptom2 depression... ? mungkin terlalu penat dan terlalu banyak tekanan kerja. Almost everyday it seem to be the same. Adakah ini yang dikatakan kebosanan or kesunyian or kebuntuan or aku dah kemerengan.. !!! Susah untuk digambarkan jiwa seseorang apatah lagi apa yang difikirkan. Im totally lost today.

Aku ada kisah seorang member yang mana suddenly shes wakeup from sleep and than cry. Kepelikkan tahap cipan masa tu. Aku bukan main pujuk bagai nak rak. Ingatkan dia ada mimpi kisah2 sedih putus cinta ke..., last2 dia kata diapun tak tahu kenapa tetiba dia rasa sedih dan menangis. Sound like stupid thing. But its really true and also happen to me.

Mungkin korang pernah alami situasi yang sama, aku sedar apa yang aku alami, apa yang aku rasa, tapi tidak tahu kenapa tingkah laku sukar nak dikawal. Even nak massage Mr. Sayangpun rasa macam moody sangat. Aku rasa aku kena ambil masa untuk control and taking a deep breath. Relaxion maybe will help and i need going to sleep. Hopefully tomorrow my brain will be going fresh.


LadyComot; Sole sole good night

                                        
"WO wo wo wo". Ini kenyataan yang menggegar2 hati dan perasaan lelaki. Aku just read the info and i think its really interested to know and share with others people. Kajian yang telah dilakukan oleh Charles Wysocki dari Monell Chemical Senses Centre Philaphedia menguatkan lagi kenyataan diatas dimana bau lelaki bukan la hamis, tetapi lebih kuat jika dibandingkan dengan perempuan. 


Sample peluh dibawah ketiak dari kedua2 belah pihak lelaki dan perempuan diambil sebagai uji kaji. Didapati baunya hampir sama kuat. Tetapi kajian seterusnya dilakukan dengan kombinasi minyak wangi terhadap kedua2 sample. 


Menunjukkan bau peluh si pemilik lelaki masih dapat dikenalpasti oleh perempuan

Tetapi pemilik peluh perempuan sukar untuk dikenalpasti

So, ini bermakna perempuan dapat mengecam bau lelaki dan anda tidak boleh menyangkal persepsi sekiranya perempuan mengatakan anda berbau hamis... "terima dan akur yer.."


Tapi buat lelaki anda patut berasa bangga kerana bau anda akan kekal diingatan wanita2 dan berkemungkinan terbawa2 dalam mimpi. Ketahuila bahawa biologikal bau badan anda membantu wanita2 diluar sana untuk memilih si jantung hati.

LadyComot; terdapat juga kajian mengatakan bau ketiak lelaki dapat menghilangkan stress