Welcome to our website !

Sambutan Cederakan Diri

By 6:10 PM

Mengambil petikkan dari Berita Harian Metro Hari ini, LadyComot berkenan sangat topik ni. Kalah tajuk berkenaan isu Gaddafi hehehe. Yang menariknya, tak sangka ada juga orang yang sanggup mencederakan diri hidup2. Kalau macam gantung diri terus je mati. Ini terpaksa menanggung kesakitan. LadyComot terluka kecilpun dah terjerit terlolong.


Mengikut penulis, upacara ini berhubung dengan upacara Ngurek sempena perayaan Melasti dan disambut oleh kaum Hindu di Bali. Upacara Ngurek merupakan Upacara Dewa Yadnya iaitu pengorbanan/ persembahan suci yang tulus ikhlas untuk dipersembahkan kepada Sang Hyang Widhi Wasa (Tuhan yang Maha Esa). Perkataan Ngurek di ambil dari perkataan urek yang bererti lubang atau tusuk. Tu sebab kaum Hindu akan tusuk tubuh dia orang mengunakan keris, tobak atau sesaudaranya dalam keadaan yang kerasukkan untuk mengabdikan diri.

Perayaan ini dilakukan sejak berzaman, sejak bila tu... tak dapat dipastikan, dipercayai dilakukan oleh golongan diraja yang menganjurkan pesta kemeriahan sempena kegemilangan kerajaan. Tapi pada hari ini, perayaan ini dilakukan tak mengikut taraf dan menjadi satu trend tradisi.

Kerasukkan Ngurek biasanya berlaku setelah mencapai klimaks, sebelum itu mereka akan melalui beberapa proses ritual seperti

1. Nusdus dimana dirangsang dengan asap yang beraroma harum semerbak
2. Masolah dimana menari dengan iringan lagu2 berentak rancak atau bunyi bunyian gamelan
3. Ngaluwur dimana mengembalikan jati diri

Pabila roh masuk kedalam tubuh, badan akan menggigil, gementar, mengerang dan memekik merabai tak tentu hala. Tahap nila pengurek akan tancap tubuh mereka hidup2, berulang kali, dengan benda2 yang tajam. Hebatnya jangankan kata berdarah, tergorespun tidak.

                                          

You Might Also Like

0 comments