Welcome to our website !

LadyComot Rindu nak Belajar Semula

By 10:24 AM

Dah almost 2 years LadyComot bekerja. Wohooo.. Tapi rindu sangat nak belajar. Dulu masa belajar selalu merungut itu susah, ini susah, sampai nak tuka corse pun ada. Kalau tak susah tak namanya belajarkan. Hari2 duk meniti waktu bila nak habis belajar, dah tak sabar nak bekerja, ada duit sendiri, boleh joli2 sana sini, nak buat apa pun parents dah tak kisah sangat sebab dah boleh berdikari.


Nasibla LadyComot tak payah susah2 nak cari kerja kesana kemari, habis jer belajar tak perlu pening2  tunggu lama, terus je dapat untuk diserap ke Kementerian Kesihatan. Isi borang untuk pilih negeri tu ada, LadyComot minta Hospital Seremban, Alor Gajah dan Melaka. Yerla nak sangat balik duk dengan mak. Bertahun2 belajar tak duk dekat, dah kerjapun tak dapat juga nak duk dekat. Entah nasib dah tentukan dapatla rezeki bekerja di Hospital Segamat. urrrrrrmmm tak suka! tak suka! tak suka!  

Walaupun tak suka LadyComot memang bersemangat sangat ni nak bekerja. Sekali ambik ko, berlambak kerja nak kena buat. Layan kerenah manusia satu hal. Bukan senang nak handle pesakit tau, macam2 ada... baik yang dengil, yang melawan, nak tumbuk dan nak bagi tendangan superbpun  ada. Jadi Fisioterapi ni kena kuat hati, semangat dan kesabaran. Sebab kita perlu berinteraksi dengan pesakit untuk bagi dia pulih. Kalau pesakit yang tak bagi kerjasama memang payahla tersangat, nak kena cari strategi pula untuk tackle. Pe'el berbagai nak dilayankan, ada yang tak habis2 minta mati, ada ke suruh kita cucuk dia dengan ubat untuk kasi mati. Pening 100x

Orang kata bila dapat gaji besar sikit dapat joli, kebenarannya duit banyak mana kita dapatpun masih belum cukup untuk kepuasan sendiri. Kalau dulu ada biasiswa RM600 sebulan, rasa macam always kurang je. Bila dah kerja dapat lebih sikitpun, masih rasa kurang juga, sebab macam2 nak kena bayar. Bil telefon, bil air and elektrik, sewa rumah, makan, kereta, duit minyak lagi, bagi parents, kelengkapan diri, simpanan peribadi, eh macam2 la nak kena bayar. Tolak sana sini tingal ciput jer dah. Hidup single boleh tahan lagi, kalau hidup berkeluarga boleh pengsan dibuatnya.

Inilah hakikat bekerja, tak kirala dalam bidang apa2 pun mesti ada cabaran dan dugaannya. Dari situ kita akan belajar selok belok keduniaan ni. Disitula juga kita belajar untuk penginsafan diri. Kecik kecil kita tak rasakan hidup susahnya mak ayah ni bertungkus lumus semata2 untuk kita, sekarang kita akan lalui perkara yang sama. 

Tahap bosanpun ada, hari2 bangun pergi kerja dan balik, esok buat rutin sama. Keindahan belajar tu lebih manis. Ramai kawan2, huha huha sana sini, gelak ketawa sakan. Walaupun busy dan stress belajar, tetap ada masa untuk kita enjoy. Bila dah bekerja kita kena akui semua member ada kehidupan tersendiri.


LadyComot; rindu nak belajar semula
                                                                                                          
                                                                                    

You Might Also Like

1 comments

Newsletter