Mood LadyComot Sedey....
Hari ni Ladycomot sedih sangat. Orang yang LadyComot anggap dah macam mak sendiri buat peragai pulak. Sedih tak kepalang. Mak LadyComot tak pernah nak buat macam tu. Tu yang LadyComot teseret sikit hati. Betul kata orang Ibu sendiri tak da sesiapa yang boleh gantikan.
Biasala rutin harian, pergi kerja balik kerja, kais pagi kais petang. Pesakit hari ni boleh tahan ramainya. Tapi hari2 pun memang ramai. Kebiasaannya pesakit yang nak buat rawatan Fisioterapi, dia mesti dapat referrel letter dari doktor, pastu datang department baru kita akan bagi bila temujanji sepatutnya. Bukan kali pertama datang terus je dapat rawatan. For information Fisioterapi bukan urgent !!
Sedihnya pembantu di unit Fisio yang LadyComot anggap macam mak ni, dier terus je accepts seseorang untuk rawatan hari ni. Masa tu memang sangat kelam kabut tengah ramaikan. Katanya ni pesara, kawan lamala. Sekurang kurangnya mintala permission kita, kalau tak busy memang akan bagi peluang terus buat rawatan. Dah lewat jugakla ketika tu dah kul 12 lebih. Nak taknak kerana menjaga hati, terimala dengan hati terbuka.
Pastu datang pulak lagi pesakit, lewat sangat dah ni. Pesakit belum habis2 lagi. Kul satu time rehat. Dah sebab pesakit ni memang temujanjinya hari ni, so kita bolehla bertolak ansur. Janji kul 9.30 appoinment, tapi datangnya kul 12 lebih.(geram tul manusia tak menepati waktu ni). Keseluruhan hari yang sangat memenatkan. Kerja non-stop dari kul 8 hampir ke 1.30. Tak sarapan dari pagi, makan tegah haripun belum. Pukul 2 dah start keja balik. Boleh pengsan rasa.
Berbalik kepada wanita yang dianggap mak ni, becouse of dia punya member meramaikan pesakit sedia ada, LadyComot kelaparan dan sangat keletihan sebab tak cukup rest. Dia punya rasa bersalah tapi dia hentam balik LadyComot. Tu yang wat sedey.. LadyComot bercakap dengan dia
"dia akan wat dono"
"kadang dia bagi respond dengan hanya kata aaaaaaaaaaa jer..." (kalaupun diajukan soalan)
"Bayangkan apa perasaan u all kalau bercakap dengan orang yang hanya sebut aaaaaaaa.... ini boleh terima lagikan..???"
"Bayangkan apa perasaan u all kalau diajukan soalan pun orang tu hanya jawab dengan aaaaaa.. muka u allpun dia tak mau pandang.... "
Peliknya disini apa salah LadyComot pada dia. Kerana dia, LadyComot tak cukup rehat tapi LadyComot dianggap sebagai pesalah. LadyComot tak adapun kata tak boleh, tak ada pulak nak tunjuk muka atau perasaan memberontak. "Tapi kenapa dia layan sebegitu rupa...???"
Ataupun disebabkan LadyComot berkata
"dah kul 1 lebih ni, ingatkan nak pergi ke cafe tadi beli makanan, kalau pergi sekarang comfirm2 dah tinggal lebihan makanan. (ini hakikat sebab hospital ni memang makanan tak banyak choice, pastu mahal !)..."
"Adakah disebabkan statement ni mak yang dianggap mak terasa hati..?" alahai perkara kecil je...
"LadyComot punya hati siapa pula yang nak jagakan..?"
0 comments