Welcome to our website !

Terapi Air

By 2:04 PM

Salam Jumaat buat semua... bestkan hari jumaat ni , budak sekolah dapat balik awal, orang berkerja dapat masa rehat yang panjang. Tambah2 yang perempuan, apa lagi masa ni la nak melangukkan. LadyComot lak masa rehat akan balik kerumah, update blog,  jenguk2 blog lain, belajar dan terus mempelajari dunia bloging. Kebiasaanya LadyComot akan balik rumah, jalan tak sejengkalpun. Sebab rumahla tempat yang paling selesa, dapat open air sikit, golek2 terlentang, pastu mandi lama2 supaya badan segar. Tegah harikan panas kalau tak mandi rasa macam berlengas je badan.

LadyComot kalau mandi boleh tahan lama la jugak. Bukan macam2 okey, bersyampoo, sisip rambut, melulur, rongeng2 hehehe dan berangan. Tu yang lama bangat tu. So, bila sentuh bab mandi ni LadyComot nak la kongsikan dengan korang pasal kelebihan mandi. Biasanya kalau waktu pagi or musim hujan suka sangat mandi air suam2 panas. Kalau panas suka mandi air sejuk. Sebenarnya penggunaan kedua2 jenis air ni merupakan terapi untuk memperolehi kesegaran optimum.

mehla mandi sekali.. hehehe

Terapi Air Panas

Air suam dapat membantu kita merelaksasikan tubuh. Terutama bila badan keletihan, sengal2 otot dan juga tekanan. Kawan LadyComot kata kalau nak badan ramping mandi air suam, minumpun banyakkan air suam. (tak sure la pulak tapi itu kata dia). Pastinya kalau kita mandi dengan air suam akan berlaku pengembangan salur darah dari bawah kulit dan peredaran darah menjadi lebih lancar. Rongga liang roma pula akan membuka samala seperti kita mandi wap. Rongga2 ni memudahkan pengeluaran toksin dari tubuh dengan lebih lancar. Mungkin ini dapat membantu sistem pencernaan untuk bekerja lebih baik.

"Bagaimana pula dia boleh mengurangkan sengal2...? (orang cina kata asam)". Tubuh manusia mempunyai berbilion2 saraf dari yang paling utama sampaila yang tak terlalu berguna. Ketika peredaran darah meningkat, maklumat akan dihantar memalui saraf tunjang untuk memberi tahu pada otak bagi menyekat rasa sakit.

Terapi Air Sejuk

Mandi air sejuk tak kurang hebatnya juga. Amat baik untuk mengurangkan ketegangan dam memberikan tubuh yang relaks semaksimanya. Mak LadyComot pernah kata, kalau mandikan budak2 yang berumur 2 tahun keatas galakkan simbah mereka dengan air sejuk. Jangan dok biasakan sangat dengan air panas. Tujuannya bagi menguatkan tulang. "(entah mana mak LadyComot belajar yer..)". Hakikatnya memang benar setelah dianalisa melalui kajian saintifik.

Air sejuk juga membantu dalam peredaran darah tau. Berlakunya proses yang dinamakan "Lewis Hunting Reaction". Bila rasa sejuk kita akan mula shiveringkan... ketika ni berlaku pengecutan salur darah  manakala metabolisma badan meningkat. Otot berkontraksi dan menyebabkan salur darah yang mengecut akan mengembang. Proses ni akan berterusan sehinggala rasa sejuk hilang..

Kelebihan terapi air ini sangat banyak. Selain dari diatas, kekerapan nya kita mandi dapat 

                                    1. mengelakkan penyakit kulit dan 
                                    2. mengelakkan badan berbau hapak
                                    3. mengelakkan masalah selesema 
                                    4. mengelakkan sakit kepala
                                    5. membantu masalah insomia
                                    6. Buat yang mempunyai masalah jerawat cubala petua mencuci muka 
                              mengunakkan air suam sebaiknya 2 kali sehari. Mungkin ia dapat membantu.

LadyComot; bila bosan suka rendamkan kaki dalam ais dan kadangkala air suam. hehehe
                      bila stress akan berdiri bawah pancutan air


                                          

You Might Also Like

0 comments