Welcome to our website !

Hari pelik tapi benar

By 2:09 AM

Lotih nya eden raso hari ni. Tapi suker sangat, sebab esok, lusa dan tulat cuti. (yepee). Actually today LadyComot ambil half day keje nak turun ke Cheras KL, saja singgah rumah kakak yang baru lepas bersalin. Alhamdulillah dia selamat melahirkan bayi perempuan yang comel macam mak saudara dia, kekekeke dan diberi nama Nur Aishah Dahiyah (bijak pandai). 


Peliknya hari ni yang LadyComot lalui, walaupun banyak kerja, tapi rasa macam cepat jer masa berlalu. "tup tup dah kul satu". LadyComot ke KL naik bas Transnational, ambil tengah hari, kat tiket bas tulis kul 2 petang. Bengkek nya rasa bila tungu punya tunggu tak ada pun bas yang bergerak pukul 2. Dalam hati dah resah, "mungkin kah kena tinggal..?" Warghh !!! LadyComot rasa tak boleh blah, tanya kat kaunter tiket, katanya bas kul 2 tak pernah ada, rupanya diperminkan penjual tiket bas. "Sabar jerla...", dah la rushing2 selesai kan semua kerja. Kelam kabut macam ribut. Nasibla dia bagi naik yang pukul  3 petangnya bas. Tenang jugala jiwa yang gundah. Penat tu jangan katala, perh penat yang tak terkata dengan perut yang tegang kelaparan dan haus kekeringan ditambah bahangnya panas mentari.

Masa lepak kat station bas," u know what..?", ada mamat dengan slumbernya duduk berhadapan tepat memandang ke wajah, maka kamipun bertentangan la mata. Eceh eceh macam jatuh cinta je. Fuh ! simpang simpang (tak pepasal ada yang karam nanti). Peliknya mamat ni dia tak kata apa2, tak bercakap sepatah pun, cuma main2 mata. LadyComot dah goyah dah, bukan dari mata turun ke hati tau, manala tau ada niat tak baik ker (manusia sekarangkan ada macam2 cara). LadyComot punya cara, sengih kambing kat dia. Abis diapun sengih kambing gak, pastu kita orang gelak2 sendirian. Kedua2nya dah macam gila pun ada. kekeke.

Pelik yang kedua pulak berkenaan mamat yang merokok, duduk bersebelahan LadyComot. Ini memang LadyComot tak suka, yerla penghidu nyakan lebih berisiko. Abis LadyComot nak tunjuk tak suka, buat-buatla tutup hidung, yang kejamya, "u all tau dia boleh tiup tiup asap rokok tu lagi kat LadyComot". Hati wa cakap lu memang baran, LadyComot bangun terus blah, terpaksala megalah. 

Lagi pelik hari ni, ada sorang uncle India tetiba muncul datang borak2  tak semena mena dengan LadyComot. Macam borak ngan kita tapi cakap sorang2. "Ayark...!" mental disorder agaknya. Kalau dari lagaknya macam normal je, berkemeja kemas. So layanz kan aje.

Akhir yang pelik hari ni, LadyComot terima panggilan telefon tanya pasal beli kerusi roda. Kira itu dah dekat macam ada kaitan kerjaya, tapi bila pulak order. Nak sorongkan sapa, sendiri bolehla."Tak mau eh!" elok2 ada dua kaki nak pakai 4 kaki lak. Senget ke apa..


Syukur sampai juga tujuan destinasi hari ni. Kali pertama jejak terminal Bandar Tasik Selatan. "Wah.." cantik macam terminal lampangan terbang. Suke.. suke.. sangat.



LadyComot ; walaupun pelik dan baran, tapi penghibur buat kepenatan.

                                          

You Might Also Like

0 comments

Newsletter