Welcome to our website !

Ngeri bila mimpi jadi kenyataan

By 6:20 PM

Ngerikan..? pernah tak terfikir apa petanda mimpi yang kita alami ?, kadang kala mimpi ini memberi petanda yang kita pun tidak pasti kebenarannya. Orang kata kalau mimpi gigi tanggal maknanya ada family members nak meninggal. Ada juga yang kata, kalau kita mimpi di patuk ular maknannya ada orang nak masuk meminang. LadyComot  selalu je mimpi ular, tapi tak ada pun orang yang datang meminang..! Aisey macam mana ni !, single and available la jawabnya. kekeke (gurau je u all jangan nak caya eh)


LadyComot pernah mimpi berulang ulang tau, ada 2 mimpi yang ingat sampai ke hari ni, tapi sekarang dah tak pernah lagi. Tapi kedua-dua mimpi ni berulang sampai 3 kali. 

Mimpi yang pertama rasa sayat sikit. Rasa macam menangis dalam dunia realiti. Kisahnya melibatkan ayah, kakak dan LadyComot. Kita orang naik kereta dan kemudian terbabas masuk dalam sungai. Dalam mimpi tu kakak lemas dan meninggal. Sampai 3 kali mimpi, takut juga kalau menjadi kenyataan. LadyComot pernah fikir-fikirkan, tapi tak sampai dek akal, mungkin ini semua mainan tidur je. Manala tau sebelum tidur tu lupa nak baca doa ke..., lupa nak basuh kaki ke..., biasala syaitan memang suka ganggu umat Nabi Muhammad s.a.w. Tambah2 yang taat macam Ladycomot kan.. kekeke (yang inipun jangan percaya eh. siapala kita kan, kecik je kat bumi Allah s.w.t ni)

Mimpi yang kedua lagi tak terjangkau dek akal. Mana tidaknya, main kejar kejar dengan raksasa. "kekekeke". Kisahnya macam ni, LadyComot tengah main2 kat luar rumah, tetiba datang reramai manusia berlari lari sambil kecoh2 raksasa datang. Takut siut !, pastu LadyComot, family dengan manusia2 berlari tadi, masuk dalam rumah menyorok. Ladycomot kira hero dalam mimpi ni, kononnya leader la, dan make sure kan pintu2 suma berkunci. Raksasa ni dia main pusing2 depan dan belakang rumah. LadyComot punya akal kan tinggi, terbayangkan manala tau raksasa ni pecahkan rumah. So as a leader, bagi memastikan keselamatan semua, LadyComot buat keputusan berpakat ramai2 keluar secara senyap2 dari rumah melalui pintu belakang.

"ayuh lari2, cepat2 raksasa tak perasan ni". Lari dan terus lari sampai la... mak jerit.. bangun! bangun! bangun! taknak pergi sekolah ke ni ??? "aisey mak ni, baru nak syok sikit.." kekekeke (kisah ni pun sampai 3 kali tau, pastu dah tak pernah mimpi lagi)

Ada juga mimpi yang betul2 jadi kenyataan. Macam tanggal gigi, LadyComot ada alaminya beberapa hari sebelum kematian ayah. Ada yang Ladycomot mimpi rumah Mr. sayang dimasuki pencuri, memang menjadi kenyataan, yang mana rumah dia di masuki perompak, siap di acu dengan parang lagi (mungkin ia secara kebetulan).

Kebenarannya semua ini kehendak dari Allah s.w.t. Kita tidak boleh terlalu percayakan (nanti jadi khurafat) dan tak boleh tolak mentah mentah. Kadang2 mimpi ini sebenarnya untuk memberi pengajaran kepada kita. Yang mengarut tak masuk akal tu takyahla di ambil kira. Ada juga mimpi itu datang dari petunjuk Allah s.w.t.


LadyComot pesan ; apa-apapun yang kita mimpikan, berserah saja kepada Allah s.w.t , mudah mudahan kita mendapat pentujuk darinya. Kalau yang baik di dekat dekat kan dan yang buruk di jauh jauh kan. 

                                          

You Might Also Like

3 comments

Newsletter