Kurus itu Cantik atau Derita ???
Tajuk ni merupakan tajuk utama "Wanita Hari Ini". Terpanggil LadyComot untuk mengulas sedikit. Yerla kat luar sana ramai sangat perempuan yang giler menguruskan badan termasukla LadyComot. hehehe. Bukan LadyComot jer, yang dah kurus melidi tupun ada hati nak kuruskan lagi. Peliknya dah kurus nak kurus lagi untuk apa..?
Kurus tu boleh, tak ada yang salahpun dari segi hukum ke, undang undang ke. Tak ada sesiapapun boleh larang kalau kita nak kuruskan..? Tapi biarla berpada2 dan mengikut panduan yang betul. Silap langkah boleh membawa padah kepada diri sendiri. Siapa yang susah..?
Ada 2 penyakit yang famous sering berkait rapat dengan orang yang nak sangat kurus ni. Mungkin ada yang pernah dengar.
Yang Pertama Bulimia : penyakit ni sering berkaitan dengan perempuan yang berhajat kurus tapi nafsu makan kemain. Kalau makan terlebih macam Cik Epal yang suka menternak lemak tu..hehehe (contoh jer tau.. jangan marah), golongan ni dia akan muntahkan balik. Jolok2 anak tekak tu biar keluar semua makanan dalam peyut tu. Mereka ni ada masalah psikologi tau. Kalau ada kawan2 u all yang ada masalah yang sama, cepat2 kauselingkan. Kasi brainwash sikit.
Yang Kedua Anorexia Nervosa : yang ni pula akibat kurus secara mendadak. Mungkin sebab menggila nak kurus, tak mahu makan langsung selama sebulan ketiga bulan. Badan akan mengalami kejutan tau !. If start makan, u all akan rasa nak muntah sebab peyut dah tak dapat menerima. Kalau ini berlarutan dia mengakibatkan berat badan semakin susut. Even u all makan burger 5 biji seharipun berat tak akan naik lagi. Bestkan tak payah risau nak diet2. Tapi kalau tak makan dia akan jadi semakin kurang. U all rasa u all cantik, padahal dan macam tengkorak hidup berjalan.
cantikkan i !!!
Dulu masa lepas SPM LadyComot ada buat part time kerja kat Fast Food. Ada member ni, dia makan waktu rehat punyala banyak, sampai dua ketul ayam pastu makan pulak burger. LadyComot akan kata macam ni; "apa gila kentang kau makan banyak macam ni, tapi badan keding jer". Rupanya doktor yang suggest pemakanan dia macam tu, sebab dia adalah pengidap Anorexia. Kalau dia tak makan macam tu nanti berat badan dia akan menyusut.
LadyComot memang tak menyangkal kalau kita kurus memang nampak cantik.(tapi bukan kurus macam lidi okey) Keyakinan pun lebih tinggi untuk berjalan dikhalayak ramai dan berhadapan dengan orang. Pakai baju apapun memang sesuai, kelihatan terletak tegap je kat tubuh. Kalau perut buncit, mesti pening kepala-kan nak sorokkan peyut melayut tu. Nanti malu orang tegur.
0 comments