Pengalaman Hidup Berasmara (opss BerAsrama)
Its happen along along times ago. Masa masuk asrama penuh memang exited habis. Walaupun perasaan berbaur takut, gementar, sedih, gembira, tapi tetap cekalkan hati sebab ni apa yang diimpikan. Orang kata dugaan tu tak pernah lekang dari hidup seseorang. Hari2 ada je masalah yang menimpa. Like song by Lenka
trouble he will find no metter where you go ooo
no metter if u fast, no metter if u so slow ooo
trouble is a friend yeh yeh
Masuk asrama ingat lebih relax, but its very pressure for me. First day masuk, daftar sampaila masa mama dah nak balik tinggalkan, memang sedih sangat. Baru tahu sayatnya hati ketika tu. Tapi tak menagis tau, kononnya nak tunjukkan hati tabah. First day dapat kenal ramai kawan. So takdala under pressure.
All problems came out after my mum leave me. Ada student lain datang, dia kata ni katil dan almari dia. U know how i feel masa tu. LadyComot dah kemas semua barang dan baju, siap sarungkan cadar comel pada tilam mushuk tau. Aduh Jiwa dah mula kacau ketika tu. Akhirnya fasilitator yang uruskan tu minta maaf sebab bagi wrong direction place. Terpaksala kemas balik barang2 masuk beg, lipat cadar comel dan kasi bungkus semua untuk tukar dorm sepatutnya. Nasibla ada member baru yang tolong uruskan. Berjurai dah air mata. Habis jer berkemas barula ada masa nak relaxkan badan. Tetiba bunyi siren
wi... wo... wi... wo... ngiong ngiong.. (lebih kurangla bunyinya)
Siren tu tandanya masa untuk berkumpul. Hari "ORIENTASI TELAH BERMULA". Dengan tak siapnya tukar baju, semuanya jadi haru biru, tonggang langgang, kelam kabut bersiap. LadyComot duk ingatkan esok baru bermula. Letihnya hai.. badan. Walaupun kepenatan selama seminggu orientasi, tapi rasa enjoy sangat.
Bermulanya musim belajar, pergi kelas masuk pukul 7.30 habis pukul 4 petang. Pukul 5-6 masa beriadah, tak dibenarkan sesiapa duduk lepak dalam dorm. Maghrib sembahyang berjemaah, malam waktu prep (LadyComot pulak melepekkan diri) sampai pukul 10 malam. Jam 11 masa untuk tidur dengan nyenyaknya, buat tahi mata sambil ayaq liur meleleh keluaq.. Pada mulanya memang la rasa yang amat stress nya. Tapi ada kawan2 yang sesama, tak adala sampai jadi gila.
Dalam meniti hari2 berasrama, berlaku pulak cerita yang tak enaknya. LadyComot kena buli dengan akak senior siap diugut lagi. Perh !!! gerun wa cakap lu... macam samseng jalanan je akak2 tu. Kisahnya bermula bila LadyComot pinjam buku penulisan bahasa melayu. Tujuannya nak buat preparation untuk wakil syarahan sekolah nanti (poyo jer kan). Masalah ni timbul bila buku pinjam tu dipulangkan, senior tu kata bukan buku dia. Habis putaq kepala ni pikiaq, kalau bukan buku dia buku sapala pulak. Itula yang dia bagi pinjam. Senior and the gang ni ugut supaya pulangkan balik buku dia walaupun mati matian LadyComot tegakkan yang itu buku dia. Pelik benar.. nak gantikan tak tau buku dia yang macam mana. Pernah belikan dia buku baru, dia lak tak mau, dia tetap nk buku dia yang lama. (poh la)
Almost everyday LadyComot kena ugut, balik dari kelas sampai lari2 nyorok dari senior tu. Dia orang ni tak berani ugut LadyComot kalau dah masuk dorm. Sebab memang dia orang ni memang kaki jahat kot. Sebab takut kena bahan balik. Malampun masa nak singgah pergi co-op (kooperasi), diugut juga. Siap dikelilingi lagi, kena tengking2. LadyComot sampai takut nak keluar sediri2 lepas tu. Nak dijadikan cerita satu hari tu,
tengah angkat baju kat ampaian, kebetulan senior2 tu nampak dari jauh, dia berkejaran lari, LadyComot apa lagi kekononnya buat tak nampak boleh jalan lenggang lenggok terus naik dorm. Perh hati masa tu duk dak duk dak duk tuhan jer yang tahu.
Ada satu hal lagi tak boleh blah bila kena gangguan. Malam tu apa kebarang pulak tetiba nak terkencing tengah lewat malam. Semua orang memang dah hanyut dengan mimpi, kejut member sebelah tak mahu bangun lak, (kasi hentuk baru tau !). Habis tu memang tak tahan, nak bangun keluar dorm takut. Tetiba ada bunyi katil goyang.
Al-kisahnya macam ada yang bangun. Siap bunyi tapak kaki lagi dari hujung dorm. Hati dah berkata lain macam jer. Makin lama makin dekat, LadyComot dah siap berkabung masa tu. Gigil ketakutan, terus lupa pasal nak kencing, nasib tak terkencing. hehe.. Dah hampir sangat dah dengan katil bunyi tu, nak tahu apa terjadi..?
bunyi tu terus hilang.hehehe Kejap lagi datang balik bunyi.. LadyComot memang tahap kejung gaban. Entah macam mana boleh terlelap sampai kepagi. Perh simpang2, nasib sempat berselubung dengan selimut. Agak2 kalau tak berselimut apala yang nampak ye..?
0 comments