Welcome to our website !

Perogol Bersiri...?

By 1:00 AM

Ladycomot nak cecite cecita satu kisah la. Perkara ni happen dah lama, 5 tahun yang lepas. Masa tu LadyComot belajar kat Shah Alam dan tinggal kat seksyen 7 taman depan Universiti Industri Selangor.(siapa tahu ? tak payah angkat tangan) Dulu memang sangat2 berani. Kalau keluar pergi mana mana, sesorangpun LadyComot jalan,(mid valley, klcc memang pusing abisla) kadang tak kisahpun dengan sapa, jumpa kat tepi jalanpun layanzzz. Memang berani teramat sangatla. Mungkin sifat Ladycomot yang suka berkawan dan tak suka bersangka buruk kat orang. Tapi bila ingat kembali gerun pun ada jugak.

Entah tetiba lak teringat kisah ni, Ladycomot kenal jejaka ni melalui panggilan telefon. Katanya LadyComot bagi no telefon masa chatting dengan dia. Tapi seingat ingatla, LadyComot tak pernah nak bagi no telefon kat sesiapa yang tak kenal sesuka hati, itu memang pantang nenek moyang. Peliknya LadyComot memang tak suka chatting, last sekali masa tu masa tingkatan 3 kot (itupun sebab kawan yang ajak). Alahai lama sungguh tak mungkin la kan. Yang penting statusnya single. Habis tu dah sifat suka berkawan, so memang layan la. Macam2 la kita orang bualkan sampai satu masa dia ajak LadyComot jumpa.

Rasa takut tu ada gak, mana la tahu dia ni perogol ke, bapak ayam ke, tak pepasal kena jual. So, Ladycomot bawala kawan sebagai peneman. Dia bawa kita orang pergi lepak dan makan2. Orang belanja babe, memang pantas macam hali lintar, LadyComot pelesup makan.. kekeke. Not badla orangnya nampak macam ada tamadun, macam ahli koporatpun iye jugak, maksudnya lebih matangla. Kalau sekali imbas pandang, memang usianya dalam awal 30 an. Dah abis makan and "pot pet" "pop pet" dia pun hantar arr kita orang pulang. Kawan LadyComot dah masuk rumah dulu, tapi jejaka ni, ajak Ladycomot lepak lagi (terpikat agaknya kot hehehe), so layan dan terus melayan la.

Dia bawak Ladycomot pergi satu tempat, korang tau tempat apa ??? "tempat kerja dia tau !", katanya dia ada urusan lagi yang belum selesai. Masa tu dah rasa "dub dab" "dub dab" dah, rasa nak angkat kaki terjun keluar tingkappun ada gak, dalam hati  "ish apa ke pulak nak bawa pergi tempat kerja". Yerla waktu malam babe, tempat kerjakan biasanya dah tak ada orang pastu suasana gelap. Abis dah terikut tak leh nak patah balik.

Sampai kat tempat kerja, dia lepak kat depan komputer siapkan kerja dia, sambil tu kita orang borak2. Macam2 dia cerita sampai satu part dia bagi tau, dia kata "kat sini la i chatting sama u and dapat no telefon". LadyComot anggukkan aje sambil dalam hati berkata "siapala yang bagi, mesti da member yang pedajal ni". Pastu dia bukak topik lagi, dia tanya Ladycomot suka tengok filem tak..? ini yang seriau tau... LadyComot kata " filem apanya nak tengok !" tak minat sangatla wayang2 ni. Diapun tanya lagi, " nak tengok filem tak..?" Ladycomot jawab "suka hatila". So, diapun pasangla dalam suasa suram2 tu... yang LadyComot tergiang sekejap, terjojol jugakla biji mata ni, bila nampak perempuan kain sengkat main snooker, pastu angkat sebelah  kaki letak kat papan snooker, ketika ni memang hati nak tercabut rasa, u all tau cerita apa..? "( L_ _ _h)". Wargh Ladycomot terus pusing kepala pastu buat2 cerita kisah2 agama. LadyComot buka le pasal cerita sedih kematian ayahla, cerita pasal kawan2 lelaki yang tahu hormatla. Even ramai kawan pun tak pernah nak sentuh ke nak pegang2. 

Terus dia diam, diapun tutup skrin komputer tu. Dia boleh kata " tak percayala", takkan Ladycomot budak sebaik tu. (masa ni LadyComot free hair - jahat sangat ke aku). U all tahu dia ada hati nak ambil kesempatan nak letak tangan dia peluk erat bahu Ladycomot... Rasa nak sepuk jer dia masa tu. Ladycomot tak diam okey, terus tepis. Ladycomot kata tolong hormat, saya ada harga diri, ada maruah, ada agama. Eceh kekonon nyala nak tunjuk hebat. Malam tu berakhir kat situ je. Diapun tak buat apa2 and hantar Ladycomot pulang dengan selamat.. "Alhamdlillah kerana Allah s.w.t selamatkan Ladycomot".


Tapi keesokan harinya nya tak berakhir lagi tau. Ladycomot dapat panggilan telefon, siap kena maki hamun, siap kena marah2 tak tentu pasal. LadyComot memang ternganga nganga gak masa tu "apa ke hal nya tetiba angin2".. dia pekik2 maki hamun suami dia, kata suami dia ada perempuan simpanan (kira akula orangnya). Perempuan tu boleh kata macam ni, "anak abang dengan isteri abang terlantar kat hospital, abang boleh keluar dengan perempuan lain!" , perh masa tu Ladycomot sedihpun ada. tupppppp.. talianpun dah putus. Sumpah babe, pastu Ladycomot memang gerun nak layan dah. Dia buat panggilan telefon pun Ladycomot wat dono je.

LadyComot ; kesimpulannya jangan mudah mempercayakan orang yang kita tidak kenali walau hanya bercakap dalam telefon atau seumpamanya. Bayangkan kalau mereka ini perogol bersiri ke ?, jual perempuan ke ?, bagaimana dengan nasib anda ???




Buat perempuan diluar sana, hargai diri anda, hormati diri anda, pelihara la tatasusila anda dan paling penting TEGAKKAN HAK ANDA . Sempena hari wanita LadyComot mengucapkan salam hari wanita buat seluruh kaum perempuan di malaysia tak kirala walau dimana jua anda berada.

Salam Hari Wanita


                                          

You Might Also Like

2 comments