Welcome to our website !

Tips Semarakkan Cinta

By 8:09 PM

"Mungkin anda orang yang baru berjinak dengan cinta..?" "orang yang sedang dilamun cinta..?", "orang yang gila bercinta..?" atau "orang yang dah lapuk dek cinta..?"



Percintaan amat indah untuk diamati setiap saat bersama, tapi kalau lama2 pun pasti jemukan.. Balik2 perkara yang sama, hari2 rutin yang sama. "Pok pek" "pok pek" topik yang sama. Semuanya bertimpal balik seperti tiada kemeriahan. Jangan disangka walaupun dia telah menjadi hak milik sendiri, tapi masing2 punya pendirian yang dahagakan belayan mesra. Rindukan episod goda mengoda dari mata terpatri dihati dan rindukan episod kejutan kejutan.

Semesti ungkapan ini tidak pernah lekang, "belum dapat memangla, lautan luas sanggup ku renangngi, hutan berlukar sanggup ku redahi.."( hehehe yer ke ayat ni ..? tibai okey !). "Dah dapat sebelah mata pun tak pandang lagi".

Sangat maniskan kalau gurauan senda, belayan manja terus menjadi suri yang berkekalan. Warna warninya kehidupan ini. "Tetapi bagaimana..?" Meh LadyComot kasi sikit tips walaupun tak hebat tapi nak kongsikan juga..

1) Kad dan Bunga

Apa kata kirimkan ke pejabatnya. Mesti dia akan menduga ada secret admire yang telah jatuh hati samanya. Bayangkan bila dia baca kad itu tertulis nama anda dan ungkapan sayang dari anda, pasti senyumnya sampai ketelinga. Dia akan jadi wanita yang paling bahagia. Atau anda jemputnya ke makan malam yang indah. Letakkan bunga dan coklat di tempat duduknya. mesti dia rasa wah!!! suprise-nya, saat yang dirasakan sangat manis. Sampai ke malampun tengiang2 di memorinya.


2) Rakam Gambar Bersama 

Kalau jumpa box yang boleh ambik gambar comey2 tu singgahla sekejap. Boleh buat memek2 muka yang cute untuk ingatan. Kalau susah sangat nak cari box tu, pakai je handphone korang, kan serba canggih..  Nanti kalau sunyi2 boleh tengok pastu sesengih sorang2.

3) Nota cinta

Ringan2kanla tangan menulis puisi gemersik dan madah2 cinta, masukkan diam2 beg tangan dia. Walaupun kadang kala lambat dia mengemas beg tapi yang pastinya dia tetap akan jumpa madah tersebut. "Macam LadyComot dalam handbag mesti ada buku notes kecil.." Mr. sayang pernah lukiskan bunga ros dan tulis, "Sayang Awak Selalu" "owh so sweet kan..."


4) Bisikan Asmara

Kamu tahu dia selalu menantikan panggilanmu. Siapa yang tak rindu kalau bersuapun jarang, masing2 sibuk dengan kerja. Apakata kejutkan dini harinya dengan ucapan sayang "Rindunya awak" dan ucapan Selamat Malam sebelum tidur.Kemudian putuskan talian.

5) Leraikan rindu

Walaupun jauh bak belantara jaraknya anda dan dia pastikan ada masa untuk ketemu. Rindu yang terbuku dihati, alangkah baiknya dapat dileraikan dengan bersua. Tatapla matanya dan renungla sedalam2 nya. Tapi AWAS! jangan tersilap langkah. Leraikanla dengan menghantar hadiah2 yang berbeza walaupun hanya dengan kad buatan tangan. Pasti dia girang dan terharu menerimanya. Berjauhan bukanla penghalang kepada sesebuah hubungan malah menguatkan lagi ikatan sayang yang terpendam.


 LadyComot; bestny kalau hari2 boyfriend atau suami yang layan macam nikan

                                         

You Might Also Like

0 comments

Newsletter