Welcome to our website !

Tidak Sebulu

By 8:55 PM

Setiap manusia dilahirkan dengan sikap dan keperibadian tersendiri. Yang mana ia telah didik dan diasuh dari dilahirkan. Cukup sempurna dah kalau korang tak ganggu hidup orang lain, tak buat kecoh, tak buat orang lain marah, buat kerja korang, ada etika dan tatasusila. Tapi kenapa masih ada yang dengkikan korang, yang rasa korang ni membebankan pada mereka sedangkan merekala yang memberi tekanan pada korang.

Mungkin aku seorang yang masih kurang ilmu didada, kurang lagi makan asam garam dari dia lebih berusia. Yurp aku akui masih banyak perkara yang harus aku pelajari, yang perlu aku sematkan dalam2. Aku bukan lagi budak kecil yang harus kau ajar aku, bentuk aku, sedangkan aku ini telah dewasa, dan tak lama lagi bakal berkeluarga. Aku bukan sekejam yang disangka, aku hanya seorang insan yang ramah, suka bermesra dan bergelak ketawa. Menghiburkan hati adalah terapi jiwaku. Aku tak suka bermuka bengis, bermuka masam mencuka dan menakutkan untuk membuatkan orang tak pijak aku. Itu bukan aku dan jauh sekali aku.

Tapi mengapa aku harus dibentuk dan ditegur untuk menjadi sebegitu...?

Aku dulu pernah menjadi seorang pelajar. Aku mungkin pernah dimarah, ditegur, dinasihatkan dan aku menerimanya dengan hati terbuka kerana aku tahu aku bersalah dan walaupun tidak bersalah. Tapi aku tahu untuk minta maaf dan dimaafkan sebab kitakan manusia. Sedangkan Allahpun maafkan manusia inikan diantara kita. Menjadi pelajar perkara yang paling indah untuk diingati walaupun banyak pahit manisnya. Kena hentam masa praktikal, kena celoteh itu ini, kena tengking2 kena marah2. Aku pernah lalui dan merasainya dan kadangkala boleh buat air mata aku berjurai.

Sejak aku bekerja, aku memasang niat, sekiranya ada student attach kat tempat aku, aku tidak akan mengikuti sikap2 itu. Aku lebih suka menggunakan pendekatan kita sama2 berlajar. Walaupun dah bekerja masih banyak lagi perkara aku perlu ketahui. Mungkin ada yang baru. Sharing is the best walaupun mereka masih student. Pada aku lebih baik begini dari kita bermasam muka dengan lagaknya. Manusia semua sama. Tak kirala tua atau muda, selagi dia menghormati kita, itu sudah bagus.

Yang membengangkan aku sekarang ini, bila ada orang menegur aku supaya jangan bergelak ketawa dengan pelajar, katanya nanti bagi muka dia pijak kepala. Aku tak rasa seperti itu, aku bemesra pada masa yang sama aku mendidik mereka cara yang betul. Mereka bukan lagi budak kecil, budak sekolah menengah yang harus kau sergah2. Pada aku mereka sekarang belajar mebuka minda. Kenapa harus aku meletakkan jurang diantara aku dan mereka, meletakkan penghalang, alasannya aku sudah berkerja mereka hanya pelajar. Adakalanya kita kena tegas, adakalanya kita kena garang dan adakalanya kita perlu berhati lembut. Korang nak ke kalau student2 ni ngumpat korang itu ini atas sebab2 perkara yang remeh temeh. Lebih gembira kalau kita bermuafakat, bertolak ansur. Hatipun senang kepalapun tak ada tekanan.

Student2pun tak takutkan korang yang macam harimau, malah mereka  lebih suka mendekati, seronok untuk belajar dan bertanya. Aku suka kalau student berinteraksi dengan aku, sebab aku dapat rasakan mereka gembira untuk berjuang dalam pelajaran. Itukan sesuatu yang baik. Jadi student banyak stress, dahla berjauhan dengan keluarga, perlu berdikari sendiri, banyak assignment, kena study hard untuk lulus dalam exam. Apa kata kita mengurangkan beban mereka. Kita juga yang dapat pahala.


Buat dia yang lebih berusia, aku nak kau tahu ini diri aku. Ini cara aku dan itu cara kau. Kalau kau rasa cara kau lebih baik, so just go for it. Jangan kau teguri aku untuk membentuk aku menjadi seperti kau. Masing2 ada pendekatan yang tersendiri, so pandai2la bawa diri.

LadyComot; prototype make it easier
                                          

You Might Also Like

2 comments