Welcome to our website !

Dari Mata Turun ke Hati

By 2:03 PM

Korang rasa mata aku cantik x..?


Yerla aku tahu mata aku sepet, kecil tak bulat macam Heliza, bulu mata pun pendek. Orang kata dari matala boleh jatuh ke hati, kerana matala mengoda, kerana mata yang cantikla melambangkan keperibadian seseorang. Tapi bukan mata-mata, bukan mata yang suka sekodeng orang tau..

Sebenar-benarnya korangpun boleh memiliki mata yang menawan dan tertarik. Semua ciptaan Allah itu sangat indah dan sempurna. Tapi bagaimanakah caranya..?

Lingkaran mata merupakan kawasan yang sangat sensitif. Elakkan anda menenyeh dan menyental mata dengan kuat. Gunakan tangan yang nyah kuman atau tisu atau tuala yang bersih secara lembut  diusap untuk membersihkan kawasan mata ataupun untuk menonyoh mata yang gatal.

Dapatkan tidur malam yang mencukupi. Badan yang letih, mata yang kepenatan akan menyebabkan lingkaran gelap, sebam, dan kelihatan membengkak. Sangat hodohkan serupa macam panda.

panda sejujurnya kau tetap comel

Lindungi mata dari sinaran cahaya matahari yang keterlaluan. Kerana sinar Uvnya yang berlebihan menyebabkan kedutan kulit. Gunakan krim pelindung atau payung atau kaca mata hitam untuk lebih kelihatan bergaya..

Mengikut kaedah sepertiku, buatla terapi mata menggunakan uncang teh. Tekapkan semalaman, comfirm esok bangun mata sesegar embun pagi. Kebiasaannya orang menggunakan timun, tapi apa kata kita guna cara lain pula. Cuba tau..

Makanan yang berkhasiat sangat penting tak kirala untuk mata, kulit yang mulus, badan yang sihat. Sekiranya akarnya dari benih yang baik, tumbesarannya cukup sempurna. Pastikan pengambilan Vitamin C yang mencukupi untuk tubuh korang.

LadyComot; ketahuila walaupun kita tidak memiliki rupa bentuk mata yang cantik, tapi kita layak untuk memiliki mata yang indah.

Inila dia empunya mata
                                          

You Might Also Like

2 comments