Bila Hati Menangis
cahaya malap terangi sunyi
sugupnya jiwa, hati yang gundah
bermain sepi bergolak raga
menangis sebagai pengubat lara
ele ele bersajak pulak dier.. sikit je, lebey lebey owh tidak !!! (macam pantun pun ada)
LadyComot memang suka sajak sajak ni.. Masa sekolah dulu pernah masuk penulisan sajak, kononnya macam hebatla tu. Boleh la dapat nombor 2 je.hehehe
Topik tentang bila menagis, bukan sajak okey ! (yerla)
LadyComot tau u all suma pernah menagiskan, teresak esak ada, tersedu sedu, sampai tersungkup pun ada. Jangan tipula tak pernah nangis konon. (dulu yang masa kecik badan bogel pakai lampin jer, siapa tu..?), LadyComot ni doraemon tau, boleh selingkap kisah silam u all.
Ingat lagi perkara yang paling sedey dalam hidup LadyComot bila pemergian ayah tersayang buat selamanya. Ketika tu umur LadyComot 14 tahun. LadyComot ingat lagi ayah menderita penyakit kanser selama 2 tahun dari badan yang tegap sampaila kurus kering. Paling sedihnya penyakit kanser tu tahu tak lama sebelum dia meninggal. Doktor kata hidup ayah dah tak lama, buat pebedahan belum tentu selamat kerana hanya 1% untuk berjaya. U all tau gugup nya jiwa raga LadyComot, tak sangkapun ada, sukar menerima pun ada. (tapi kitakan kena redha)
LadyComot ingat lagi ayah meninggal pada tarikh 21/05/2000 bersamaan hari ahad di waktu subuh ketika embun pagi menyinar dan azan subuh berkumandang. Beberapa hari jer selepas tarikh lahirnya 17/05/1946. Kalaula dia masih ada sekarang umurnya dah 65 tahun. Ayah LadyComot ni baik sangat (LadyComot tahu suma ayahpun baikkan). Masa kecil kecil dulu rapat sangat dengan ayah. Semuapun ayah, bila nangispun sebut nama ayah. Nak terkencing, terberak tengah malam pun jerit panggil ayah (tu Ladycomot la tu).
LadyComot ni anak ke 5 dari 6 orang beradik. U all bayang masa tu akak Ladycomot yang pertama baru je abis belajar perubatan. Sedihnya masa graduasi tu ayah teringin sangat nak pergi Australia tengok akak, tapi masa tu kan tengah sakit macam mana nak pergi. Lagipun manala mampu sangat nak beli tiket kapal terbang, banyak lagi perkara yang perlu di utamakan. Tapi pihak malaysia ni bagus, dia ada buat graduasi khas sekali lagi hanya buat rakyat malaysia (buat kat hotel hilton pada 21/05/2000). Kalau u all perasan tarikh tu sama dangan tarikh ayah meninggal. Sedih tau, tak tertunai niat ayah.
Malam sebelum tu ayah minta LadyComot urut2kan kaki dia. Masing2 memainkan peranan yang tidak disangka itula buat terakhir kalinya bersama ayah. Ayah panggil abang suruh ikut sama baca, katanya nak sedekah kan al-fatihah dangan ayat 3 qul buat atuk dan nenek, buat anak-anak dan isterinya. Rupa-rupanya kita orang yang kena sedekah kan kat dia.
Terlalu banyak perkara ayah utamakan kami dari dia.. Kerana kami ni la segalanya buat dia. Tapi kenapa dia tinggal kami terlebih dahulu dari apa yang kami sangkakan. Tak dapat nak bagi dia kebahagian, belikan baju untuk dia macam dia belikan untuk kami. Dulu ayah tak peduli baju dia dah koyak, sebabny demi kami.. katanya jahitkan boleh..
Sedih pula cerita tentang ayah. Semua orangpun ada kisahnya tersendirikan. Baik yang sedih, duka dan lara... Biasanya LadyComot kalau sedih memang air mata la terapi nya. LadyComot akan nangis sepuas puasnya sampai la sembab2 mata. sob sob sob
Kadang2 LadyComot akan lentok kat bahu teman. Sebab kawanla penyeri hidup LadyComot. Sayang u all.. Lepas ni siapa2 yang sudi boleh la yer pinjamkan bahu.. hehehe
LadyComot; Al-Fatihah buat ayah (BAHAROM BIN MD. AMIN)
Salam manis bersulam kenangan, Salam doa buat ingatan... i love u so much
0 comments