Welcome to our website !

Aku ke anak yang degil ?

By 3:33 PM

Pernah tak u all fikirkan kenapa anda degil sangat..? Mak suruh tolong basuh pinggan anda bersunggut. Mak suruh kemas rumah je pun, berat benor bontot tu nak bangun, "mak ni membebel je tau" Ayah minta tolong cucikan kereta, berjela alasan.., "kedai kan ada pergi jerla cuci". Cuba cowok cewek yang minta tolong, korang mesti laju jer kan ? Ewah ewah. Lepuk kang !

Itula diri kita dulu masa dunia kanak-kanak dan dunia remaja. Tapi ada juga yang dah dewasa kepala otak tetap sama, tak pernah nak berubah. Keegoaan melebihi segalanya. Sebenarnya situasi macam ni kita tak boleh nak salahkan anak 100% dan nak salahkan ibubapa 100% juga. Kedua2nya saling memerlukan dalam kehidupan. Masa kita kecil parents la yang jaga semuanya dan bila parents become older anak2 pula buat perkara yang sama. Yang sadis dan sedihnya tak ramai anak-anak kini yang masih taat setiakan ibu bapa mereka. Sanggup hantar kat rumah orang2 tua. Macam kes yang pernah keluar kat news paper, yang mana tinggalkan aje ayah mereka kat pusat hemodylasis (cuci darah). Dah la orang tua tu sakit pastu dia boleh campak suka hati je, mentang2la tinggalkan di kawasan hospital tu, ingat pihak hospital boleh uruskan segalanya. Tak ke kesian last sekali masukla orang tua ni kat pusat2 kebajikan. (anak yang derhaka tempatnya di neraka), Apala hai nasib badan.

Mari kita sama2 lihat dari sudut psikologynya ;

Masa dulu orang2 tua ni banyak pantang larang - "jangan menyampuk bila orang2 tua bercakap" - masa dulu dulu mak ayah kita ni pantang kalau dia orang tengah bercakap ke, berborak dengan jiran sebelah, kita ni pula cuba nak serkap jarang. Pastu dia orang akan kata dengan nada yag tinggi, "pergi masuk dalam rumah p, jangan nak kacau orang2 tua ! ". Dah kena tegur depan2 orang lain mestila rasa malu, geram dan sakit hatikan ?

Agenda seperti ini hanya akan menyebabkan keyakinan dalam diri anak2 akan luntur, sepatutnya kita menggalakkan, ini bukan untuk jadi kurang ajar okey, ini hanya untuk mendidik anak2 kita punya keyakinan dalam pergaulan tak kirala seusia, lebih muda atau lebih tua. Ini akan membolehka pergaulan mereka lebih cepat mesra... Kalau ibu bapa bercakap dengan lebih lembut dengan nada yang baik itukan lebih bagus. "Sayang ibu nak apa..?, ibu nak berbual dengan jiran ko ni ha. kejap lagi cerita sama ibu k".

Kalau dulu2 ibu bapa suka menggunakan tali piggang, penyangkut baju, bulu ayam untuk mengajar anak mereka. Habis birat2 anak ni kena rotan. Kesian2, padahal kesalahannya kencing atas tilam aje. Kalau jatuh basikal balik ngadu lutut darah2, bukan pujuk, tapi tambah dengan rotan lagi. 


Alahai kasihan nya anak2 yang baru nak kenal dunia ni. Perkara ni akan menyebab dalam sudut hati mereka menyimpan dendam. Menyimpan sifat memberontak yang mana kita akan lihat apabila dia semakin membesar. Apa kata kalau kita pujuk mereka dengan cara yang berhemah. Apa kata kalau kita pujuk mereka dengan nasihat2. "Tak apa la sayang ibu, ciannya anak ibu, lain kali jangan buat lagi tau, kalau sayangkan ibu..".

Kalau kita tengok secara luasnya pembesaran anak2 ini sebenarnya bergantung kepada persekitarannya. Belajar dengan melihat , mendengar dengan telinga. Maka didiklah anak2 anda sebaik baiknya kerana kita yang mencorakkan mereka. Selami hati dan jiwa muda mereka, jadila rakan terbaik disisi mereka dimana anda akan lihat andalah yang paling mereka sayang.


LadyComot nak kata ; banyak lagi ni nak cerita, nanti panjang berjela pulak.

Tips :  berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.




                                          

You Might Also Like

0 comments

Newsletter