Welcome to our website !

Hati jangan kau goyang

By 10:02 PM

Kenyangnya hari ni. Stressla pasni berat naik. Hari ni lepak kat ceramah sempena Maulidur Rasul best wo dapat makan. Paling menarik makan satu dulang ramai-ramai, ikut cara nabi kita. Boleh jadikan contoh untuk makan bersama keluarga sedemikian rupa, dapat megeratkan lagi hubungan terjalin.



Tempat LadyComot keje ni memang ketinggalan keretapi betul. Hari ni berapa haribulan da... Tak kisah la itu semua, yang penting tajuk ceramah memang mantop "penetapan hati". Penceramah dia memang tak kering gusila. Sampai rasa nak gelak guling2, pakai gigi palsu pun comfirm tercabut.hehehe Slogan dia yang paling suka "hati jangan goyang, mungkin ada mungkin tidak.."

Tu la u all kan dah tak paham. Actually, dia cerita tentang ilmu ilmiah. Tak semua orang kukuh dari sudut ini. Kadangkala kita punya hati terlalu cepat bergoyang bila musibah datang. Masa inila syaitan yang pernah berikrar akan menyesatkan umatnya. Bila hati goyang, manusia selalu membuat keputusan dengan fikiran yang bercelaru. Ini yang bahaya ni !!!

Pendoman pertama :

Abu pergi sembahyang jumaat, habis sembahyang tengok2 selipa jepun dah hilang. Ketika ni  hati dah gulana, fikiranpun jadi kusut. Cari punya cari tapi tak jumpa2 juga. Mulala Abu menyumpah seranah. 

Disini kita boleh lihat Abu meletakkan suatu penetapan dimana selipa tersebut sepatutnya ada. Padahal sesuatu yang berlaku itu adalah dengan izin tuhan dan apa hak yang kita miliki sebenarnya juga milik tuhan. Pabila hati bergoyang syaitan akan menghasut kita untuk mengeluarkan kata2 yang kesat.

Pendoman kedua :

Ambil pengajaran dari nabi terdahulu. Kenapa nabi sentiasa terselamat dari bahana dan di angkat pula tinggi tarafnya disisi Allah ? Inila petandanya sekiranya kita belajar dan ambil ikhtibar. Nabi tidak pernah bersungut. Ingat kisah Nabi Muhammad s.a.w dimana tahi anjing yang diletakkan didepan rumahnya. Nabi tak pernah marah. Adakah anda juga sedemikian rupa..? Inila yang berlaku kerana nabi percaya pada kekuasaan tuhan itu lebih dari segalanya. Seperti kisah Nabi Nuh dimakan ikan paus. Beliau tetap hidup walaupun berada didalam perut ikan tersebut. Kenapa..? fikir fikirkanla...

Pendoman ketiga :

Manusia sentiasa lalai terutama menunai kan yang wajib 5 fardu. Ada yang sembahyang tonggang tonggek tetapi adakah hati anda benar2 ikhlas melakukannya. Mendengar apa yang anda baca, memahami satu persatu. Berapa kerat manusia yang menetapkan mata tunduk ke tikar sembahyang sambil khusyuk membaca khalimah2 di dalam sembahyang..? Manusia kini lebih rela melayan keinginan duniawi. 

Anda tahu anda mengejar dunia atau akhirat.? Lihat saja mata anda ketika solat, nampak cicak suara hati anda akan berkata, "main kejar2 pulak dia". Tunduk rukuk pula, tengok kuku kaki bandingkan dengan jemaah kat sebelah, "eh kuku kaki panjangnya". Inila dia diri anda yang leka dengan keduniaan. Marila sama2 kita solat dengan tawaduk, memahami setiap baris ayat yang disebut, alangkah nikmatnya.

LadyComot pesan; apapun yang kita lakukan kita tidak boleh cepat menduga sesuatu, sesuatu itu mungkin ada mungkin tidak. Kita berserahla segalanya kepada tuhan yang maha kuasa menetapkan segalanya buat kita. Manusia dan tuhan saling bergantungan kerana diala pencipta, kita ada di dunia ini. Segala perancangan, dia yang telah tetapkan buat kita. Besyukur dengan apa yang anda ada. Punya masalah..? tuhan hanya menduga supaya kita tidak pernah lalai dan sentiasanya mengingati nya.

Jangan anda goyang bila dilanda musibah, cekal hati, tabah dan sabar, tawakal

                                          

You Might Also Like

0 comments

Newsletter