Welcome to our website !

Lelaki Pengecut

By 11:26 AM

Cinta, sayang, janji sehidup semati ungkapan yang memang tak pernah lekang dari pasangan baru bemekar atau telah pun lapuk dek hujan. Bahkan ada yang sanggup mempertaruhkan maruah diri kononnya demi cinta sejati.

Lelaki punya kuasa di tangan mereka untuk menetapkan hala tuju kehidupan mereka. Mereka punya syurga bagi menentukan dimanakah letaknya bagi seorang wanita bergelar isteri. Tidak kurang hebatnya syurga dibawah tapak kaki seorang ibu bagi anak anak yang soleh dan solehah. 

Rakan seperjuangan selalu bertanya

 " Bila kau nak kawin ni..? , berpacaran dah nak masuk 10 tahun, kau dah ada kerjaya, pakwe kau pun sama. Nak tunggu apa lagi, jalan la beb !"

Kehulu kehilir tak ada penghujung apa gunannya. "Nak tunggu sampai bila ??? nak tunggu durian jatuh dari langit ker ?" sampai matipun tak mungkin terjadi.

Wanita berkata 

Bukan aku yang taknak kahwinla, dah orang tak melamar aku, takkan aku nak sodok2 kan, macam perigi cari timba. Lebih sikit jer, nanti kata aku queen control !

Hari2 aku menangis air mata darah sekalipun, masih tetap bersendirian, mengharapkan benda yang tak pasti.

Lelaki berkata

"Sabarla, tak boleh nak sabar ke ?" (sambil meninggi suara), Awak nak yang macam mana, sayapun tak boleh nak kata apa2. Saya memang nak kawin dengan awak, tapi nak buat macam mana ayah saya tak beri kata putus."

Hari2 saya tanya ayah, tapi ayah tetap kata NANTI !

Wanita berkata

"Nak tunggu sampai bila ? nak tunggu sampai berjanggut panjang, rambut bertukar putih, wajah berkedut sejuta ?", dalam kubur dah tempatnya.

Saya cuma minta kita tunang saja kalau tunggu setahun baru kawin pun tak kisah. Sekurangnya kita ada ikatan.

Saya dah cukup sabar dengan semua karenah ni, dari awal saya suarakan pasal pertunangan kita... dari awal saya suarakan, keluarga awak kata tunggu abang awak untuk dibincangkan katanya nak langkah bendul kena minta persetujuan. Bila dah bincang abang kata tak kesah, saya minta buat hujung tahun bulan 12 ni, keluarga awak pula kata tahun depan jerla untuk mudahkan urusan. Saya minta keluarga awak datang merisik je, keluarga awak kata terus je tunang tak banyak kerja. 

Saya ni dah bersabar tau, saya pujuk lagi minta dilanjutkan pada bulan Feb masa Chinese New Year, keluarga awak kata, buat pertengahan tahunla bagi pekerjaan awak stabil dulu.

Ni dah nak tengah tahunpun, awak dan keluarga masih tak beri kepastian.

"Mak, abang, adik, kakak semua tanya kau ni jadi tunang tak ?" setiap persoalan diajukan hatiku bagai dirobek. Seperti aku ini desperate sangat nak kan kau. Kalau tak sudi lepaskan. Untuk apa simpan aku lama2 kalau hanya untuk hiasan. Hatiku ini luluh, permintaan ku seperti tak diterima dan dipermain2kan.

Kau kan lelaki, separuh abad kau dibumi Allah, dah ada kerjaya,dah cukup matang berfikiran, takkan kau tak boleh menetapkan kehendak kau sendiri untuk masa depan kau. Kau sanggup keluar kesana kemari, beriringan bersama perempuan yang kau kata kau cinta dan sayang, tapi kau tak memilikinya. Alangkah baiknya kalau hubungan itu diakhirkan dengan perhubungan yang sah disisi agama. Pasti syaitan bertempiaran lari bila ada anak adam dinikahkan. Ituka pahala yang sangat besar.

Lelaki berkata

Sepatahpun tak disuarakan, terus mendiamkan diri seribu bahasa. Setiap pertanyaan yang terus diajukan, lelaki ini hanya bertemankan sepi.

LadyComot; "bilakah akan ada penghujung nya ?" rintihan hati seorang wanita.
               "Salah siapa ?" "(salah aku kah ???, keluargaku ??? atau dia dan keluarganya ???)"

cerita diatas hanya rekaan semata-mata, mungkin ada yang mengalami situasi sebegini, dari pihak saya, saya memohon maaf sekiranya ada tersalah kata.

                                          

You Might Also Like

1 comments