Let me Teach U how to treat Your Backpain.. Episode 2
Last time i've taught how u will get backpain. As i promise, LadyComot akan bagi simple tips macam mana nak treat masalah sakit belakang. Ini sangat penting untuk mengelakkan backache become worse dan berulang. Sakit belakang boleh datang dan pergi. Boleh berkurang dan boleh jadi semakin teruk. Penjagaan dari segi postur tubuh yang baik dan senaman bersesuaian sangat digalakkan untuk di titik beratkan.
Sebelum LadyComot bagi tips berkenaan penjagaan postur dan senaman, LadyComot nak explainkan terlebih dahulu jenis2 common abnormal spine curve. Macam post entry sebelum ni, LadyComot ada sentuh pasal curve kyphosis, lordosis dan scoliosis. Struktur tulang sebegini kebiasaannya disebabkan oleh habit postur tak bagus, yang kita amalkan. Mungkin ada yang pernah dengar, pernah terbaca, pernah ditegur, tapi ambil tak endah sebab tak tahu risiko yang sebenar.
Lets go kita mengenal "ABNORMAL YOUR SPINE CURVE"
Selain 3 common yang di senaraikan diatas, ada lagi abnormal spine curve seperti Flat Back, Sway Back, Rouded Shoulder, Pock Chin Neck dan sebagainya. Ada juga yang lebih teruk seperti gabungan kyphosis dan scoliosis, boleh jadi juga lordosis dan kyphosis dan diantaranya. Untuk pengetahuan; scoliosis terbahagi kepada 2 jenis iaitu 'C' dan 'S' curve.
LadyComot; adakah anda tergolong dalam abnormal...?
* UNTUK BACA POST ENTRY LEPAS KLIK SINI
Let me teach u how to treat your backpain episode 1
* UNTUK SABUNGAN KLIK SINI
Let me teach u how to treat your backapain episode 3
Let me teach u how to treat your backpain episode 4
Let me teach u hoy to treat your backpain last episode
2 comments