Welcome to our website !

Teman Dalam Ingatan

By 4:44 PM

Semalam rasanya baru nampak kau tersenyum, bergelak ketawa dan menangis bersama. Semalam rasanya kau pujuk aku putus cinta, "katanya kumbang bukan seekor, akukan ada". Semalam kau katakan padaku kau wanita yang tabah dan kuat mampu harungi dunia berliku. Semalam la aku dan kau ponteng kelas program C++ sebab bosan yang amat sangat. Semalam jugala kita pergi cat walk konon2nya macam artis popular bershopping sakan. 

Kelmarin rasanya kita sama2 di surau sempena program bacaan tahlil buat yang telah meninggal dunia. Kelmarin rasanya kau datang kerumah tanpa disangka dengan membawakan kek coklat dan karipap kegemaran ku hasil air tangan sendiri katanya, buat pengsan aku untuk percaya.Tapi sangat terharu. Kelmarin dia nyatakan aku singkatnya kehidupan manusia. Kelmarin jugala dia katakan pada ku engkaula kawan dunia akhiratku.


Minggu sebelumnya terserempak dengan dia datang membeli nasi lemak kopi 'o' yang makcik Timah kat tepi jalan tu ha.. Minggu lepas jugalah bertembung di persimpangan jalan dia tersenyum sengih padaku, datang dekat dan kami berkenalan. Minggu lepas dia katakan padaku, kau ni nampak comel la, aku tersipu malu. Kalau kau pakai baju kurung mesti bertambah ayu. Minggu lepas la kau ajak aku, kita lepak2 kat kedai mamak Khalifah tu. Kau kata mamak tu tebar roti canai sambil air peluh menintis gugur. Buat aku nak muntah dengar.

Hari ini aku menziarahimu. Mungkin aku tak nampak tapi kau mesti perasankan !. Hari ni aku bawakan untukmu makanan yang paling enak buat kau bahagia di alam sana. Ku utuskan sejambak mawar dan air mungkin ia tak sesedap kek coklat dan karipap sebab aku tak pandai masak. Hari ini ku bacakan buatmu tentang cerita walaupun suaraku tak selembut untuk di dengar yang kadang kala lari temponya. 

Hari esok aku jalan berseorangan tanpa teman sepertimu lagi disisi. Hari esok aku singgah rumah kau yang hanya ada ibumu yang sudah uzur sebagai peninggalanmu dan terpampang potretmu yang buat air mataku bergenang. Akan ku jaganya seperti janji kita. Hari esok aku rasa sunyi dan sepi menyelinap kalbu ku. Hari esok la kurangnya seorang pelanggan setia kedai nasi lemak kopi 'o' makcik Timah tu. Hari esoknya hanya tinggal kenangan antara kita berdua. Ingin ku katakan engkaula teman dunia akhiratku. Tiada penggantinya, kalau adapun tak sama sepertimu dihatiku selalu.



                                          

You Might Also Like

1 comments